Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gadis Terbunuh Jatuh Dari Tingkat Tujuh Di Cheras
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Pada 2 Jun 2014 jam lebih kurang 4.07 petang pihak polis telah menerima maklumat menyatakan ada orang jatuh dari bangunan Pusat Komuniti, Bandar Tun Razak.
Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian. Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian percaya mangsa didapati terjatuh dari tingkat 7 bangunan tersebut. Saksi awam yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum itu nampak mangsa kelihatan sedang berjalan seorang diri.
Keadaan mangsa ketika ditemui dalam keadaan tertiarap. Mangsa dikenali sebagai Woo Kwan Ti (P) berumur 26 tahun dan masih bujang, tinggal di Taman Mulia Bdr Tun Razak Cheras KL. Simati juga tidak bekerja.
Menurut keterangan emak mangsa, simati ada mengalami sakit psikiatri sejak 5 tahun yang lalu dan sering mendapatkan rawatan ulangan di PPUKM. Simati juga sebelum ini pernah beberapa kali cuba membunuh diri tetapi dapat diselamatkan oleh ahli keluarganya.
Mayat simati telah dibawa ke PPUKM pada 3/6/14 untuk tujuan bedah siasat.
Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments