WISCONSIN – AMERIKA SYARIKAT. Akibat terpengaruh dengan kisah hantu di internet, dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dituduh mengumpan seorang rakan mereka dan menikamnya sebanyak 19 kali di sebuah hutan.
Ketua Polis Bandar Milwaukee, Russell Jack berkata, mangsa yang berumur 12 tahun berada dalam keadaan stabiI .Mangsa terselamat apabila orang awam menjumpai basikalnya di sebuah jalan di Waukesha
Dua suspek berkenaan ditahan sejurus selepas mangsa dijumpai dan didakwa cuba membunuh dengan niat, lapor CNN.
Morgan Geyser dan Anissa Weier akan didakwa sebagai orang dewasa dan muncul di Mahkamah pada Isnin.
Suspek dan mangsa belajar di sekolah yang sama.Mahkamah menetapkan ikat jaminAS$500,000 (RM 1.6 juta) setiap seorang.
Menurut Jack, kedua-dua suspek terpengaruh dengan sebuah karekter di sebuah laman web cerita hantu.Menurut siasatan awal, suspek telah merancang sejak Februari lalu.
No comments
Post a Comment