Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelajar UiTM Nyaris Maut Dalam Kemalangan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PORT DICKSON -  Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan berpusing sebelum melanggar pembahagi jalan di bahagian tengah di kilometer 24.9 Lebuhraya Port Dickson – Seremban, jam 7.45 malam kelmarin.

Saksi kejadian, Zakaria Daim, 55, berkata, ketika kejadian, dia memandu kira-kira 50 meter di belakang kereta yang dipandu mangsa.

 “Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa terbabas ke sebelah kiri dan berpusing ke tengah jalan sebelum melanggar pembahagi jalan sebelah tengah.

"Saya segera menghentikan kereta dan meminta bantuan pengguna jalan raya lain segera menghubungi pasukan penyelamat kerana bimbang kenderaan itu terbakar selain pemandunya tersepit di tempat duduk," katanya.

Difahamkan, mangsa, Nur Nabila Zuazita, 21, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat sebelum singgah ke Port Dickson untuk bertemu rakannya.

 Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Pegawai Bomba Kanan, M Prabakaran berkata, mangsa yang hanya mengalami cedera ringan di bawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut. SH

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments