Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » SERAM - Penemuan 'Hougang Doll' Di Singapura Cetus Ketakutan Penduduk
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SEJAK semalam, di media sosial tersebar mengenai satu anak patung yang kerasukan.
Menurut sumber dari Trending Malaysia, kelihatan anak patung ini ditinggalkan dibawah satu pokok dan matanya ditutupi kain dengan kalimah suci Allah.
Menurut pemilik asal anak patung ini, anak patung ini akan bergerak sendiri. Bertukar kedudukan dan menunjukkan riak muka sedih atau senyum.
Oleh itu pemilik patung tersebut menutup mata sebelum meninggalkan anak patung berhantu ini supaya ia tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah, seperti kucing yang dipotong misainya tidak dapat mencari rumah tuan.


Kedudukannya akan teralih atau beralih dengan sendiri. Kerana ketakutan pemilik menutup pandangan anak patung dengan kain putih dan ikat anak patung tersebut ke pokok berkenaan.
Daripada gambar besar diatas, kita tidak nampak pula tali yang mengikat pinggang anak patung ini.
Pemilik asal juga memberitahu bahawa ini bukan aksi jenaka atau ilmu hitam.
Carian di internet mendapati insiden ini berlaku di Singapura dan bukannya di Malaysia. Anak patung berhantu ini dikenali sebagai misteri “Hougang Doll” yang seram.
Memang tidak dinafikan wujud makhluk halus atau jin yang dikenali oleh umum dengan panggilan hantu.

Tetapi penulis pasti ini cuma satu eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai. Adakah aksi ini berjaya menarik perhatian orang ramai.
Kenapa? Pemiliknya menghantar mesej mengenai asal usul anak patung berhantu ini ke Facebook Ghost Files Singapore dan terus tutup akaun tersebut.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments