Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PANAS - Neelofa Dan Fazura Bergaduh ?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


HUBUNGAN dingin antara aktres Fazura dan Neelofa bukan lagi rahsia. Terbaru, kedua-duanya dilihat saling sindir menyindir antara satu dengan lain di laman sosial.
Sejak beberapa tahun ini memang kedua-duanya dilihat tidak sebulu. Tidak pasti punca sebenar ‘pertelingkahan’ mereka namun masing-masing dikatakan tidak boleh bertentang mata.
Sebagai makluman, mereka berdua adalah artis yang paling popular dan berpengaruh dalam dunia hiburan. Kedua-duanya berada pada aras populariti yang sama.
Ada yang mendakwa perang dingin itu tercetus akibat perebutan teman lelaki. Tetapi tidak pula diberitahu siapakah lelaki ‘bertuah’ yang menjadi rebutan dua artis popular ini. Macam tidak percaya pula ‘berperang’ berebut teman lelaki tetapi itulah yang diungkapkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Kemudian merebak kepada hal-hal lain misalnya kejayaan dalam kerjaya dan kecantikan. Masing-masing mahu kelihatan di atas atau setidak-tidak mempamerkan nilai tambah membuktikan salah satunya nombor satu.
Kedua-dua artis ini mempunyai wilayah kemashyuran sendiri dan sudah tentu ada hasrat untuk meluaskan wilayah sekaligus muncul sebagai nonbor satu. Perang dingin ini dapat dirasai oleh orang terdekat seperti rakan baik, jurumekap dan pereka pakaian yang bekerjasama dengan kedua-duanya.
Tambahan pula kedua-duanya cukup cerewet dan amat prihatin dengan soal cita rasa, penampilan diri dan imej, dengarnya mereka tidak akan menggunakan khidmat orang yang sama. Senang cakap, kalau Fazura menggunakan khidmat A maka Neelofa tidak akan bekerjasama dengan A yang dianggap sebagai ‘orang Fazura’. Kalau tidak percaya cuba lihat pernahkah mereka disatukan dalam sesi fotografi, drama atau program televisyen. Jawabnya tak ada.
Pantau laman sosial
Cara paling berkesan untuk memantau suhu perang antara mereka berdua adalah melalui laman sosial. Masing-masing mempunyai laman sosial seperti Twitter, Instagram dan facebook. Di laman itulah kita boleh perhatikan ‘tembakan’ dihalakan kepada pihak yang satu lagi.
Malah jika anda peminat dan pengikut laman sosial kedua-dua artis ini, anda akan perasan tentang sindiran yang ditujukan antara satu sama lain.
Kalau salah seorang hadir dalam program hiburan tertentu, pihak yang satu lagi akan menarik diri. Kedua-dua aktres itu seakan-akan mengelak untuk bertembung pada satu majlis yang sama. Tidak akan berlaku ‘bila mata bertentang mata’.
Pernah berlaku sebelum ini sewaktu Neelofa yang juga pengacara program hiburan MeleTop diganti oleh selebriti lain untuk slot mempromosikan filem yang dibintangi Fazura.
Khabarnya untuk memberi laluan mempromosikan filem Kami Histeria, Neelofa ‘ditiadakan’ dengan alasan urusan peribadi.
Cari pengaruh
Umum sudah mengetahui bahawa kedua-dua pelakon itu mempunyai kelompok peminat yang taksub dengan apa juga tindakan artis kesayangan mereka.
Justeru laman sosial adalah cara paling mudah untuk mengumpul pengaruh baharu dan memperbanyakkan pengikut masing-masing.
Laman sosial jugalah tempat mereka berkumpul mencari pengaruh dan mempamerkan nilai tambah masing-masing. Gaya hidup dan minat harian dikongsikan bersama sekali gus mendapat sokongan daripada peminat yang fanatik.
Tidak dinafikan kedua-dua pelakon ini mempunyai latar belakang sosial yang menarik. Aura yang ada pada dua artis itu juga mampu menarik lebih ramai peminat untuk mengikuti rutin sosial mereka. Sekali gus mencipta kelompok peminat yang taksub dengan artis kesayangan masing-masing.
Lebih hebat lagi apabila peminat kedua-dua artis bertindak membela mereka andai artis kesayangan mereka itu dihentam oleh mana-mana termasuk media massa. Begitulah hebatnya perang antara Fazura dan Neelofa! -

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments