Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Menyorok Dalam Kotak Elak Diri Kena Cekup
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



JOHOR BAHRU – Seramai 37 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan ops bersepadu di rumah kongsi tapak pembinaan di Jalan Kolam Air, Nong Chik, di sini semalam.
Serbuan jam 1.30 pagi itu dilakukan oleh 30 anggota dan pegawai diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Sapian Kamaruddin.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata, warga asing yang ditahan merupakan 28 rakyat Indonesia, lima Myanmar dan empat Bangladesh terdiri daripada 28 lelaki serta sembilan wanita berusia 24 hingga 50 tahun.
“Ketika serbuan dilakukan mereka sedang nyenyak tidur, namun apabila menyedari kehadiran anggota ops, warga asing ini cuba untuk bersembunyi seperti di atas siling bangunan dan menyorok dalam kotak bagi mengelak dicekup anggota ops.
“Bagaimanapun tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Hasil daripada pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa,” katanya, di sini semalam.
Sapian berkata, kesemua warga asing terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan mereka ditahan seterusnya dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut jabatan. – SH

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments