PELAKON terkenal Erma Fatima menegur perbuatan mantan presiden SENIMAN, Zed Zaidi dalam status yang memerli Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) secara sengaja.
Dalam status yang dimuat naik Zed Zaidi seperti merendahkan pengurusan MAS kerana penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang.
Status Zed Zaidi tersebut dibalas Erma dengan menyatakan tidak sesuai untuk memerli dalam keadaan yang genting, masih ada ruang dan masa yang lain untuk memuat naik status sebegitu.
Bagaimanapun Zed telah memuat naik status kepada Tony Eusoff dengan berdoa agar terbaik kepada semua yang terlibat.
Mungkin tindakan Zed yang kurang peka dengan perasaan sesetengah pihak menampakan perbuatan yang kurang bijak pada beliau.
Seharusnya Zed tidak perlu memerli MAS dalam keadaan sekarang, malah akan mengudang pelbagai reaksi yang negatif orang ramai terhadap dirinya sendiri.
No comments
Post a Comment