Beijing: Seorang lelaki yang dipercayai cuba melepaskan kura-kura peliharaannya dimasukkan ke hospital selepas binatang itu menggigit bibirnya ketika dia mencium haiwan itu.
Setakat ini tiada laporan mengenai keadaan lelaki berkenaan. Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa yang kemudian dimuat naik di Internet sebagai peringatan kepada pencinta haiwan peliharaan supaya mengutamakan keselamatan.
Ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman Weibo yang menyifatkan kejadian itu, sebagai ‘ciuman selamat tinggal’ daripada haiwan peliharaan berkenaan kepada tuannya.
Menurut laporan, kura-kura itu dari baka yang berbahaya dan berasal dari Amerika Utara.
Reptilia itu ditemui di Tasik Weishan yang terletak di selatan wilayah Anhui dan ia yang pertama seumpamanya ditemui di situ.
Kura-kura itu dianggap berbahaya kepada ekosistem China dan orang ramai diberi amaran supaya tidak melepaskannya secara sembarangan. – Agensi
No comments
Post a Comment