Ampang: Cinta yang mendalam terhadap kekasih ‘Awang Hitam’ membuatkan
seorang wanita tempatan meraung dan memeluk kekasihnya itu ketika
disoal siasat polis selepas mereka ditahan dalam Op Tiong di sekitar
kawasan kondominium, di Taman Kosas, di sini awal pagi semalam.
Wanita terbabit ditahan bersama 40 warga Afrika berusia 30 hingga
40 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet
atau Love Scam selain pelbagai kesalahan imigresen.
Wanita itu dipercayai dipergunakan kekasihnya untuk menjalankan penipuan
mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan dia terjebak.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata,
operasi bermula jam 1.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor, Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Menurutnya, operasi bersepadu ini dilancarkan bagi membendung kes
jenayah komersil membabitkan warga asing terutama warga Afrika yang
terbabit dalam kes tipu parcel, pemalsuan dokumen, penggubalan wang
haram, penipuan perniagaan yang tidak wujud dan lain-lain lagi.
No comments
Post a Comment