Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Makan 10,000 Eyeshadow selama 17 tahun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

WANITA memang akan melakukan segala cara untuk menjadi cantik, malah ada yang salah melakukan cara tersebut.
Salah satunya dengan memakai banyak kosmetik supaya kelihatan cantik dan dapat menarik perhatian lelaki khususnya.
Namun wanita satu ini mengumpulkan kosmetik bukannya untuk kecantikan  tapi malah untuk dimakan .
Dalam sebuah tayangan TV ” My Strange Addition ” , seorang wanita dari Toledo, Ohio, bernama Brittoni mengaku bahawa ia ketagih makan eyeshadow .
Brittoni mengaku telah memakan lebih dari 10 ribu eyeshadow sejak umur 5 tahun .
Brittoni makan 15 eyeshadow setiap harinya dan menyukai warna kelabu metalik , coklat dan putih .
” Anda boleh membayangkan rasanya hanya dari lapisan warna apa yang anda makan , ” kata Brittoni . ” Rasanya sama saja seperti anda ketagihan makan gula – gula, ” jelasnya.
Sementara itu teman lelaki Brittoni, Josh, mendedahkan ketakutannya  apabila mengetahui  teman wanita mengidap ketagihan yang sangat aneh .
” Ketika dia mula makan kosmetik , dia seperti badut gila dan apabila menciumnya, aku merasakan bau kosmetik , ini sangat mengerikan .” kata Josh.
Wanita 22 tahun ini juga bercerita bahawa akibat ketagihan tersebut, dia pernah mengalami serangan jantung di usianya mencecah 12 tahun.
Meskipun begitu , ia tetap tidak boleh menghentikan kebiasaannya untuk makan eyeshadow .Dalam cara tersebut , seorang doktor juga didatangkan untuk memperingatkan Brittoni akan bahaya mengambil kosmetik .
Doktor itu menjelaskan bahawa bahan asas pembayang mata yang merupakan arsenik , timah dan nikel sangat berbahaya jika dimakan kerana boleh mengakibatkan penyakit jantung , kanser atau kematian .
Kenyataan doktor tersebut tentu menggugah hati Brittoni dan akhirnya dia bersumpah untuk mulai menghentikan kebiasaannya memakan eyeshadow lagi .




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments