CHINA – Seorang lelaki berusia 27 tahun terpaksa hidup menderita dengan tumor seberat 10 kilogram di bahagian belakang dan lehernya, yang dialami sejak dia remaja lagi.
Yang Xiao, kini perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang tumor berkenaan sebelum ia bertambah besar.
Dia mengalami tumor itu sejak 10 tahun lalu, dan sejak itu ketumbuhan berkenaan membesar dengan cepat.
Pada 2007, doktor menasihatkan dia membuang tumor itu namun bapanya mahu memikirkan mengenai cadangan doktor itu selepas dimaklumkan bahawa pembedahan itu adalah sukar dan berisiko tinggi.
Bapanya yang telah kehilangan isteri dan anak perempuan kemudiannya enggan mengambil risiko itu dan tidak mahu pembedahan dilakukan.
Ia menyebabkan tumor itu semakin membesar bola.
Hinggalah pada hujung tahun lalu apabila pemeriksaan doktor yang dijalankan mendapati tumor itu berukuran panjang 45 cm dan tebal 17 cm.
Selepas mendapat penerangan doktor, Yang memutuskan untuk menjalani pembedahan.
No comments
Post a Comment