Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Maut, Kereta Diseret Lori 10 Tan Di Bukit Jalil
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya diseret sejauh kira-kira 150 meter oleh sebuah lori 10 tan di Jalan Bukit Jalil Indah, Bukit Jalil di sini, petang Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Fuad Omar, berkata dalam kejadian 2.33 petang itu, kereta yang dipandu Sze Po Ling, 45, sedang berhenti di lampu isyarat sebelum lori itu yang dari arah bertentangan dan mahu membelok ke kanan, terbabas ke hadapan lalu menyeret keretanya.
“Lori mengangkut tanah itu mahu masuk ke simpang di Jalan Bukit Jalil Indah dan kita percaya lori itu hilang kawalan sebelum melanggar kereta Sze yangberhenti di lampu isyarat.
“Akibatnya, lori itu telah mengheret kereta berkenaan hingga masuk sedikit ke dalam Tapak Semaian Bukit Jalil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.
Bagaimanapun, katanya pemandu lori itu melarikan diri selepas kemalangan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor yang mengesahkan kemalangan itu, berkata mayat Sze dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments