Gambar Hiasan |
Putrajaya: Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dijaga pengasuh di Presint 9, di sini, semalam.
Bayi berusia lima bulan itu didapati tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya jam 11 pagi, sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya (HPj), di sini untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, mangsa dihantar ibunya yang tinggal di Presint 11 jam 7 pagi, dan ketika itu bayi terbabit dalam keadaan sihat. “Bagaimanapun, pada jam 11 pagi, ibu mangsa mendapat panggilan telefon daripada pengasuh memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.
“Dia bergegas ke rumah pengasuh sebelum menghantar anaknya ke bahagian kecemasan HPj untuk pemeriksaan, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya.
Hm
No comments
Post a Comment