Objek berpotensi berbahaya digelar 2000 EM26 itu berada dekat dengan bumi pada jarak 2.6 juta km pada jam 2 pagi (waktu tempatan).
Saintis mendakwa asteroid dengan diameter 270 meter itu tidak memberi sebarang ancaman kepada bumi.
Imej objek tersebut turut dirakamkan perkhidmatan teleskop robotik Slooh yang menyediakan akses internet kepada balai cerap automatik.
Selain itu, ia juga boleh disaksikan secara langsung menerusi laman sesawang Slooh dan Space.com.
Pada Februari tahun lalu, sebuah asteroid yang menghampiri bumi pada jarak 27,681 km telah menyebabkan hujan meteor di Chelyabinsk, Rusia hingga menyebabkan lebih 900 orang cedera.
Memetik laporan DailyMail, ketulan meteor tersebut didakwa turut membebaskan tenaga seperti 20 ledakan bom atom.
No comments
Post a Comment