Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Rakyat Terkejut Lihat Kekayaan Presiden Ukraine
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KIEV – Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan keselamatan meninggalkan hartanah tersebut.
Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan sementara.
Para penunjuk perasaan hampir tidak percaya apabila melihat hartanah berkeluasan 140 hektar itu yang lengkap dengan sebuah zoo, sebuah garaj kereta antik, sebuah kapal layar, rumah tetamu, pad pendaratan helikopter dan padang golf.
Kediaman milik pemimpin itu juga dilengkapi dengan perhiasan mewah sedangkan rakyat negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan purata kurang £300 (RM1,600) sebulan.
“Kami tidak sangka Yanukovich semewah ini dan beliau juga sangat melampau kerana menggunakan wang rakyat yang miskin seperti kami dengan sewenang-wenangnya,” kata seorang penunjuk perasaan, Serhiy Remezovsky.
Krisis di Ukraine bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovich enggan menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada November lalu kerana beliau lebih berminat menjalinkan hubungan dengan Rusia.
Siri protes antikerajaan semakin memuncak apabila beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis pada minggu lalu mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.
Dalam perkembangan terbaru, Parlimen negara itu semalam memecat Yanukovich kerana didakwa bertanggungjawab dalam kejadian terburuk dalam sejarah negara itu. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments