Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki China makan katak hidup untuk sembuhkan penyakit
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



CARA menyembuhkan penyakit yang dilakukan oleh lelaki dari China ini sungguh aneh. Menurut pengakuannya, sudah 40 tahun terakhir ini dia mengamalkan makan katak dan tikus hidup untuk membantunya mengelakkan gangguan pencernaan, batuk dan membuat staminanya makin kuat.
Lelaki ini bernama Jiang Musheng, umur 66 tahun, berasal dari wilayah Jiangxi, China, awalnya mengalami sakit perut dan batuk-batuk. Pelbagai rawatan telah beliau cuba, namun penyakitnya tidak kunjung sembuh. Sampai suatu ketika dia bertemu dengan seorang tua bernama Yang Dingcai, yang menyarankannya untuk makan katak pokok untuk menyembuhkan penyakitnya.
Pertama Jiang Musheng tentu saja merasa terkejut dan tidak berani makan katak hidup. Sungguh sukar membayangkan menelan makhluk yang dapat mengeliat-geliat dalam mulut kita. Namun kerana tekad ingin menyembuhkan penyakitnya, di tambah lagi setelah menyaksikan sendiri Yang Dingcai memakan katak hidup di depannya, Jiang Musheng-pun berani menelan katak pertamanya. Dan untuk yang kedua dan selanjutnya, Jiang Musheng melakukannya tanpa berfikir.
Selepas sebulan makan katak hidup, sakit perut dan batuk-batuk yang selama ini di derita Jiang Musheng benar-benar hilang.
Sejak itu Jiang Musheng makin rajin makan katak hidup, dan beberapa tahun kemudian dia menambah tikus hidup dalam senarai menu makan hariannya. Bahkan Jiang Musheng pernah menghabiskan 20 ekor tikus dalam satu hari.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments