Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelayan Lelaki Tanpa Baju Kontroversi Di Dubai
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KHIDMAT pelayan peribadi atau “butler”kini berkonsep baru. Sebuah syarikat pengurusan acara di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menawarkan jejaka berwajah tampan, menawan dan paling utama mereka tidak berbaju dengan caj daripada Dh500 (RM452) untuk seorang butler sejam.

Masyarakat setempat ternyata terkejut dengan konsep baru pelayanatau butler tanpa baju yang memenuhi kolam renang dan pantai persendirian yang semakin menular Iklan perkhidmatan di laman web.

Memakai hanya pakaian renang, kolar dan manset, mereka menawarkan keseronokan, perkhidmatan profesional berkonsep siapa cepat dia dapat menyambut dan mengiringi tetamu, khidmat bar dan penyediaan minuman, khidmat kanape atau hanya kelihatan menyelerakan ketika menyajikan makanan, sudah pasti mengumpan sesiapa saja yang mampu.

Penduduk berkata, khidmat sedemikian tidak mengikut tradisi dan budaya negara itu, memandangkan masyarakatnya masih berfikiran konservatif. Mereka turut menekankan bahawa mereka bersikap toleransi dengan kelakuan expatriate selagi mereka tidak terbabit dengan khidmat sedemikian.

“Saya tak sangka akan mendengar khidmat seperti ini ada di UAE dan saya tak fikir saya akan seronok berada di majlis yang menyediakan khidmat begini. Saya rasa orang boleh buat apa saja di belakang pintu yang tertutup rapat, selagi saya tidak terbabit servis seperti ini tidak sepatutnya mendapat publisiti”, kata Alia Hussain, seorang warga UAE.

Seorang expatriate Kanada, Jeffery Hunt berkata “Saya tak kisah menggunakannya sebagai bahan lawak kerana ia agak berbeza dengan parti kolam di luar”.

Iqbal Ebarahim dari Pakistan berkata “Saya faham jika servis begini disediakan di negara Eropah tapi masyarakat mudah terlupa bahawa kami menetap di negara Islam di mana minum arak tanpa lesen pun adalah salah di sisi undang-undang. Bagaimana syarikat seperti ini boleh bekerja secara sah di sini? Hakikat yang mereka tidak berbaju paling mengejutkan saya”.

Yousuf Hamad dari Palestin berkata “Jika kita biarkan servis begini bermula bayangkan apa pula natijahnya di masa depan? UAE adalah negara liberal, tapi kita tidak seharusnya melampaui batas. Saya terfikir bagaimana pula denganpelayan lelaki yang tidak berbaju, adakah ini juga sah”.

Pegawai dari Jabatan Pemeriksaan Makanan di Perbandaran Dubai berkata mereka tiada kuasa ke atas majlis persendirian.

“Jika penghuni ada rungutan, kami minta mereka cepat melaporkan kepada kami menerusi hotline 800 900. Jika tidak, kami tidak punya hak dalam menentukan kod berpakaian yang perlu diikuti di kediaman dan majlis persendirian”, kata pegawai.
Begitulah realiti yang terjadi di sebuah negara Islam yang dilanda arus kemodenan dan kebaratan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments