Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » “Mas, Tolong Bantu Saya Mas.. Tolong,”…
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


ANDA pasti membantu jika seorang wanita berpakaian agak seksi meminta bantuan daripada anda mencari rantai emasnya yang hilang di tepi jalan?
Begitulah modal yang digunakan rancangan televisyen di Indoensia bertajuk “Super Trap” untuk mengenakan mangsa-mangsanya yang merupakan orang ramai yang lalu lalang di sekitar jalan itu.
Program itu disiarkan di Indonesia melalu saluran televisyen Trans TV.
Pada akhirnya, orang ramai akan terkena apabila secara tiba-tiba sepasang tangan manusia muncul daripada dalam tanah itu, bayangkanlah betapa terkejutnya mangsa gurauan melampau atau ‘prank’ ala Indonesia ini.
Selain Jepun dan Korea Selatan, Indonesia turut terkenal sebagai antara negara yang mempunyai program televisyen gurauan melampau yang tidak ada belas kasihan.
Kadangkala mereka menghasilkan gurauan yang seakan betul sehingga orang ramai dalam ketakutan dan lari lintang pukang.
Penulis turut menyertakan beberapa petikan video Super Trap yang dimuatnaik di laman YouTube untuk tatapan anda.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments