SERDANG: “Saya berjalan hampir dua kilometer dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan selepas ditembak.
“Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan isteri yang dilarikan penjenayah terbabit bersama kereta,” kata Nazaruddin Mat Ali@Ibrahim, 35.
Dia dan isteri menjadi mangsa samun
langgar lari dua lelaki dan ditembak dari jarak dekat apabila cuba
melawan penyamun terbabit ketika melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan
(SKVE) menghala Kajang, dekat sini, jam 12.15 tengah malam kelmarin.
Suspek dipercayai berusia 20-an bukan
saja melarikan Honda Accord berwarna emas milik Nazaruddin, malah
menculik isterinya, Alawiyah Harun, 36, yang berada dalam kenderaan itu
sebelum memecut laju dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, wanita terbabit terselamat
dan tidak dicederakan walaupun dilarikan suspek kira-kira 12 kilometer
sebelum dibebaskan selepas penjenayah merampas barang kemas, telefon
bimbit dan wang tunai serta meninggalkannya di tepi jalan di Seksyen 4
Bandar Baru Bangi.
No comments
Post a Comment