CHINA – Seorang lelaki nyaris maut selepas secara tidak sengaja
melepaskan tembakan paku berukuran tiga inci ke kepalanya, tanpa dia
sendiri menyedari mengenai keadaan berkenaan.
Lelaki itu, Yang Yi Kui, 55, yang berasal dari Jiangsu, kini mendapat
rawatan di hospital selepas doktor berjaya membuang paku tersebut.
Apa yang mengejutkan, Yi Kui tidak menyedari langsung bahawa paku itu
terlekat di kepalanya sebaliknya dia menyangka mengalami kecederaan
ringan kerana hanya terdapat lubang kecil di kepalanya.
Hanya selepas doktor membuat imbasan X-ray barulah mereka melihat ada
paku di tengkoraknya menyebabkan pembedahan dijalankan dengan segera.
Mereka berjaya mengeluarkan paku berkenaan tanpa menyebabkan kerosakan kepada otak dan mata Yi Kui.
Meskipun pembedahan itu adalah berisiko tinggi, namun ia perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawa lelaki tersebut.
Yi Kui kini berada dalam keadaan stabil di hospital.
No comments
Post a Comment