Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kanak - Kanak Maut Selepas Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kita telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, meninggal dunia setelah ditinggalkan selama 9 jam di dalam kereta. Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

“Maaf, kami terlupa.” Itu kata-kata ibu mangsa sewaktu ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam.

Di bawah kami kongsikan bersama anda kronologi ringkas kejadian ini, supaya menjadi iktibar kita bersama:

7.30 pagi – Seluruh keluarga bertolak keluar dari kediaman mereka di Kuarters Perguruan Kampung Pandan, di mana pada ketika ini mangsa dikatakan tertidur di tempat duduk belakang MPV

Bapa mangsa, seorang buruh, 41 tahun menghantar ibu mangsa, pembantu tadbir sekolah, 39 tahun dan dua adik-beradik mangsa ke SMK Pandan, dan dua adik-beradik lain ke SK Tun Azizah. Bapa mangsa berada di SK Tun Azizah selama dua jam, mungkin kerana menguruskan kemasukan anak ke sekolah.

10 Pagi – Ibu mangsa menghubungi bapa mangsa meminta beliau mengambilnya di SMK Pandan. Tetapi sebaliknya bapa mangsa singgah minum dahulu di Taman Tas sehingga pukul 2 petang.

2 petang ke atas - Bapa mangsa mengambil ibu di SMK pandan lalu memandu ke SK Tun Azizah untuk memeriksa keadaan anak mereka di sana. Dikatakan ibu mangsa sempat membuat pendaftaran sekolah agama untuk kedua-dua anaknya di sini.

5 Petang – Pada masa ini barulah ibu bapa mangsa menyedari kewujudan anak mereka di belakang MPV dan mereka segera menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Mangsa diistiharkan meninggal dunia akibat kepanasan.

Kejadian menyayat hati sebegini bukanlah yang pertama berlaku. Persoalannya, sejauh manakah ibu bapa benar-benar mengambil berat akan keselamatan anak-anak? Adakah dengan implementasi undang-undang dapat menghalang kejadian seperti ini berlaku lagi?

Tepuk dada, tanya selera.


Sumber: Akhbar harian Malaysia

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments