Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gunung Berapi Meletus 50 Kali Dalam Satu Malam
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


INDONESIA – Lebih 20,000 penduduk di utara Sumatera terpaksa dipindahkan selepas Gunung Berapi Sinabung memuntahkan gas serta lava dan meletup lebih 50 kali pada tengah malam semalam.

Kaum wanita dan kanak-kanak telah dibawa ke tempat lain yang lebih selamat.
Setakat ini tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Sehingga awal pagi ini, ia masih memuntahkan lava dan gas pada ketinggian 13,000 kaki.
Pihak berkuasa sebelum ini menetapkan zon bahaya pada lingkungan 3 batu namun mereka dijangka akan terus melebarkan zon tersebut.

Usaha menyelamat juga dijalankan di dua buah kampung iaitu Jewara dan Pintu Besi yang kini dilitupi dengan debu-debu kesan letupan tersebut.
Gunung Sinabung adalah antara 130 gunung berapi yang aktif di Indonesia dan pernah meletus pada September lalu.

Pada 2010, letupannya telah membunuh dua orang.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan memaklumkan semua pesawat telah diminta mengelak daripada melalui pergunungan berkenaan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments