Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Karpal Singh Sedia Pejuangkan Penggunaan Kalimah 'Allah' Dalam Bible Sikh
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kerajaan Pulau Pinang mendapatkan nasihat perundangan sekiranya terdapat bukan Islam di negeri itu dilarang oleh pihak berkuasa agama negeri menggunakan kalimah `Allah’.

Beliau mendakwa, nasihat perundangan itu perlu diperoleh memandangkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menyenaraikan sebanyak 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam termasuk kalimah itu.

“Larangan penggunaan kalimah `Allah’ turut terkena pada amalan keagamaan Sikh di Pulau Pinang. Ia kerana di dalam `Bible’ Sikh perkataan `Allah’ muncul sebanyak 37 kali.

“Saya bersedia untuk kerajaan Pulau Pinang mendapatkan nasihat perundangan terhadap larangan yang diumumkan Mufti Pulau Pinang sebelum mana-mana bukan Islam dikenakan tindakan atas kesalahan menggunakan perkataan yang dilarang itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Karpal seterusnya mendakwa, penggunaan kalimah `Allah’ telah lama digunakan oleh kaum Sikh di seluruh dunia termasuk Pulau Pinang tanpa sebarang bantahan, maka larangan Mufti Pulau Pinang itu cuma satu tindakan sia-sia.

Beliau seterusnya meningatkan kepada semua pihak bahawa bukan Islam tidak boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah dan perlu didakwa di Mahkamah Sivil termasuk dalam kes melibatkan penggunaan kalimah `Allah’

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments