Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Suku Sentinel, Suku Paling Terasing Di Dunia !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Suku Sentinel menduduki sebuah pulau di bahagian kepulauan Andaman dan Nicobar , Teluk Bengal , sempadan negara Myanmar dan Indonesia . Kemungkinan mereka adalah suku keturunan Afrika yang telah mendiami pulau kecil tersebut semenjak 60 ribu tahun yang lalu . Dianggarkan ada 40 - 500 orang di dalam suku Sentinel .
Awam baru mula menyedari kewujudan suku Sentinel ketika bencana tsunami 2004 menyerang sebahagian wilayah selatan Asia . Para pasukan sukarelawan berusaha membantu menyalurkan makanan kepada mereka . Namun bukannya mendapat sambutan, helikopter para sukarelawan tersebut telah dihujani oleh anak panah .

Tak banyak yang diketahui tentang suku ini . Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa asing yang tidak boleh difahami oleh manusia lain . Mereka lebih suka hidup tersembunyi di balik hutan tebal . Dianggarkan mereka bertahan hidup dengan memburu haiwan di sekitarnya mahupun mengumpulkan ubi dan buah - buahan .

Pulau ini berada di bawah kekuasaan negara India . Namun setelah beberapa usaha untuk mendekati mereka gagal , kerajaan India akhirnya menyerah . Tentera Laut India kemudian ditugaskan berjaga sekitar 3 batu dari pulau untuk melarang pelancong dan nelayan masuk ke wilayah ini .
Selain itu , muncul pelbagai khabar angin menakutkan dari suku ini . Di tahun 1896 , seorang banduan melarikan diri dan masuk ke dalam pulau ini . Namun beberapa hari kemudian , pasukan pencari menemui mayatnya di tepi pantai dalam keadaan tertusuk panah di tenggorokannya .

Tidak kira sama ada anda bermaksud baik atau sampai di pulau kerana terdampar , suku Sentinel akan menyambut dengan panah terhunus . Hanya sekali sambutan baik diberikan iaitu terhadap 28 orang yang nekad ke sana pada 4 Januari 1991 . Mereka adalah rombongan antropologis T.N. Pandit asal India yang mengaku terkejut dengan sambutan mesra itu .

Selepas itu tidak banyak lagi berita yang muncul tentang suku ini . Terakhir pada 2006 lalu ada 2 orang nelayan ditemui mati terbunuh ketika memancing di kawasan pulau Sentinel .

Sumber: wowkeren.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments