Peminat Johan pasti sudah mengetahui bahawa kes tuntutan saman 1 juta terhadap pengarah filem, Mohd Javed Mohd Nizar dan produksi, Juara Film Production Sdn. Bhd. telah dimenangi olehnya beberapa hari lalu.
Terkini, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim dan isterinya, Ozlynn telah selamat tiba di Madinah untuk mengerjakan ibadah Umrah.
Melalui gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram, kelihatan ahli keluarga dan sahabat terdekat turut berkesempatan untuk menemui mereka di lapangan terbang sebelum berangkat ke sana.
Johan dan Ozlynn sempat membuat permohonan maaf kepada semua pihak atas segala kesalahan dan berharap peminat mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang berada di sana.
No comments
Post a Comment