Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Amou Haji CIpta Rekod Dunia Tidak Mandi Selama 60 Tahun !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Amou Haji , lelaki 80 tahun tinggal di Desa Dejgah , Wilayah Fars , Iran , tidak pernah mandi selama 60 tahun .

Sebelumnya rekod tidak mandi dipegang oleh lelaki India 66 tahun bernama Kailash Singh . Dia tidak mandi selama 38 tahun seperti yang dilaporkan oleh tehrantimes.com awal minggu ini .

Apa yang dijalani Amou Haji boleh jadi tidak terlalu menghairankan jika kita mengetahui latar belakang kehidupannya .

Amou di masa mudanya pernah mengalami kejadian sangat emosional sehingga dia mengasingkan diri sendiri daripada kehidupan orang ramai .

Dia selalu lari jika bertemu orang yang akan memandikannya kerana dia meyakini kebersihan membuat dia sakit .

Makanan kegemaran Amou adalah daging. Dia akan marah jika orang menawarinya makanan dan minuman bersih . Paip rokoknya pun penuh kotoran binatang . Terkadang dia juga suka merokok .

Dia memakai topi keledar seperti tentera bukan untuk berperang tapi melawan cuaca sejuk .

Amou tidak suka bercermin . Dia hanya bercermin melalui cermin kereta. Dia juga suka memotong rambutnya agar tidak terlalu panjang . Tapi Amou tidak bercukur di salon . Dia hanya membakar sedikit rambutnya supaya tidak terlalu panjang .

Hidup Amou sungguh sederhana . Dia tidak perlu pusing memikirkan bil elektrik atau telefon . Dia tinggal beratap langit dan beralas bumi .

Dia merasa bahagia meski tak punya apa - apa .

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments