LONDON – Benarkah perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah
secara elektronik atau ‘sexting’ mendorong aktiviti seksual? Kajian
terbaru di dalam The Journal of Pediatrics mendapati jawapannya mungkin
betul apabila ia membabitkan bukan saja pelajar sekolah tinggi tetapi
juga murid sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun.
Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420
responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island,
Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan
seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak
menghantar mesej lucah.
Responden menjawab beberapa soalan seperti “dalam enam bulan
terakhir, pernahkah anda mengirim mesej seksual untuk mengurat
seseorang?, pernahkah terbabit dengan pelbagai aktiviti seksual seperti
bercium dan hubungan seks serta sama ada mereka menjalinkan hubungan
romantik yang kasual atau serius.
Cenderung aktiviti seks
Hasilnya, 22 peratus daripada responden menghantar ‘sexting’ dengan
17 peratus daripadanya hanya menghantar teks manakala 5 peratus lagi
menghantar teks berserta gambar lucah. Kata saintis, lebih membimbangkan
adalah ‘sexting’ dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual
seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.
Menurut pengkaji, kumpulan ini 4 hingga 7 kali lebih cenderung
melakukan perlakuan seksual lain. Pelajar yang mengaku menghantar gambar
menunjukkan kadar lebih tinggi dalam melakukan aktiviti seks. Remaja
yang mengamalkan ‘sexting’ juga berasakan ahli keluarga dan rakan sebaya
cenderung membenarkan perlakuan banyak lagi aktiviti seksual.
Kurang pemantauan
Muat naik foto seksual yang melampau seolah-olah amalan lazim
dikalangan remaja dan pra remaja di media sosial, sebahagiannya kerana
pegawai sekolah dan ibu bapa tidak memantau penggunaannya. Michael, 16,
pelajar sekolah tinggi di New York, berkata ‘sexting’ popular di sekolah
tinggi dan dianggap suatu perkara remeh.
“Ramai memuat naik foto diri sendiri di ruang Facebook, walaupun
sekolah menegur perbuatan buli, ‘sexting’ tidak pernah dibincangkan
mahupun dihukum,” katanya.
Akibatnya remaja yang tidak cukup matang untuk memahami akibat
daripada bertukar mesej berbaur seksual, mereka terdedah kepada pemangsa
seksual, kata saintis lagi.
“Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu
bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada
akibat negatif yang serius,” kata mereka lagi.
Di San Diego, 12 pelajar sekolah tinggi Daerah San Dieguito Union
mungkin didakwa apabila remaja perempuan menghantar gambar bogel mereka
kepada teman lelaki yang kemudian disebarkan ke enam lagi sekolah tinggi
dan sebuah sekolah rendah. Berkongsi gambar bogel remaja kini
diklasifikasikan sebagai menyebarkan gambar pornografi kanak-kanak di
sesetengah negeri.
Bagaimana sekolah dan ibu bapa membendung gejala ‘sexting’? Ada ibu
bapa yang menggunakan aplikasi seperti EyeGuardian, yang dibangunkan dua
bapa dan cepat menyedarkan ibu bapa setiap kali kandungan lucah serta
ada unsur penyalahgunaan dikongsi anak di akaun Facebook.
Selain itu, aplikasi ZipIt juga mensasar kepada remaja. Jika remaja
menerima teks dari seseorang yang meminta foto lucah, aplikasi akan
mencadangkan mesej alternatif seperti gambar bakul sampah berserta teks
‘inilah gambar sampah saya.’ – AGENSI
No comments
Post a Comment