KUALA LUMPUR: Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan beberapa dakwaan berkaitan
Operasi Tahun Baharu Cina (Ops TBC) 2014 yang tersebar melalui media
sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Jabatan itu dalam satu kenyataan menjelaskan JPJ mempunyai pasukan penyamaran bagi mengesan kesalahan-kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan.
Jabatan itu dalam satu kenyataan menjelaskan JPJ mempunyai pasukan penyamaran bagi mengesan kesalahan-kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan.
Katanya, pasukan tersebut hanya mengumpul bukti bergambar dan menghantar
notis siasatan kepada pemilik berdaftar untuk hadir temusiasat bagi
menentukan pesalah sebelum saman dikeluarkan.
Kenyataan itu juga menafikan dakwaan JPJ menetapkan sasaran 15 saman kepada seorang anggota semasa Ops berkenaan serta kadar kompaun tidak kurang daripada RM1,000.
"Kadar kompaun adalah berdasarkan kepada kadar yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi RM300," katanya sambil menambah operasi perlu dijalankan menggunakan kenderaan jabatan dan bukan melibatkan kenderaan persendirian.
Anggota ditugaskan mengikut syif yang ditetapkan tanpa melibatkan sebarang tuntutan elaun lebih masa atau tuntutan perjalanan, katanya.
"Sekiranya didatangi oleh individu yang mendakwa dirinya adalah pegawai JPJ tanpa memakai uniform dan gagal menunjukkan kad kuasa, maka orang ramai perlu membuat laporan kepada pihak JPJ atau polis dengan segera," katanya.
Khabar angin disebarkan melalui media sosial dan SMS berhubung Ops TBC 2014 yang mendakwa JPJ akan mengadakan ops penyamaran tanpa sekatan jalan raya; anggota JPJ diberi sasaran 15 saman; anggota JPJ tidak memakai pakaian seragam; dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri ketika bertugas; dibenarkan membuat tuntutan dan saman dikenakan tidak kurang daripada RM1,000. - BERNAMA
No comments
Post a Comment