Hidup Jacqueline Saburido berubah sepenuhnya selepas seorang pemandu mabuk melanggar kereta dia dan empat orang rakannya. Jacqueline yang kini berusia 33 tahun telah menghadiri satu parti hari jadi rakannya pada tahun 1999. Selesai parti tersebut, seorang rakan sekelas setuju untuk menghantar mereka balik ke rumah sebelum mereka dilanda kemalangan.
Kereta
mereka berempat dilanggar oleh seorang lagi pelajar yang juga
menghadiri parti tersebut tetapi mabuk selepas minum bir dengan
rakan-rakan. Pelajar yang melanggar mereka , Reginald Stephey langsung
tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dalam kereta Jacqueline, dua
orang mati dengan serta merta dan dua orang lagi cedera ringan.
Manakala
Jacqueline kurang bernasib baik kerana kakinya tersangkut dan dia
dibakar oleh api kebakaran kereta tersebut. Nasib baik Jacqueline masih
hidup tetapi kesan bakar pada dirnya begitu teruk sehingga perlu
menjalani sehingga 120 pembedahan dan jarinya dipotong. Reginald
dipenjara tujuh tahun dan denda RM65,000. Sementara, Jacqueline kini
mengajar orang ramai mengenai bahayanya memandu semasa mabuk Cuba tengok
rupa Jacqueline sekarang, hampir mengalir air mata bila admin tengok
keadaan dia. Nasib baik dia tabah untuk meneruskan hidupnya.
No comments
Post a Comment