Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 22 Ekor Lembu Mati Dipanah Petir Di Melaka
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


ALOR GAJAH – Tiga orang penternak kerugian kira-kira RM45,000 apabila 22 ekor lembu mereka ditemui mati bergelimpangan di dalam kandang dipercayai akibat disambar petir di Kampung Ramuan Cina.

Sabaruddin Abd Majid, 54, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika hendak melepaskan 46 ekor lembunya dari dalam kandang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

“Pada mulanya saya fikir semua lembu tersebut sedang tidur di bawah pokok buluh dalam kandang. Namun saya terkejut apabila melihat 22 daripadanya terbaring dan perut mereka kembung,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata beliau yang mengesyaki kejadian tersebut akibat perbuatan khianat telah memaklumkannya kepada dua lagi rakan penternaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Lubok China pada jam 11.45 pagi tadi.

Bagaimanapun pihak polis memaklumkan bahawa lembu yang bernilai antara RM1,000 hingga RM3,500 seekor itu dipercayai dipanah petir ketika hujan lebat kira-kira 8.45 malam tadi, katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitenden Mohamad Laham berkata siasatan polis mendapati 22 ekor lembu terbabit mati akibat dipanah petir berdasarkan terdapat kesan panahan petir pada pokok buluh di dalam kandang.- BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments