Zhengzhou – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menjalani pembedahan di bahagian mata selepas gurunya mengarahkan pelajar lain dalam kelasnya menampar budak tersebut sebanyak 40 kali di bahagian muka.
Ia sebagai hukuman kerana budak itu tidak membuat kerja rumah.
Guru kelas tersebut juga memaklumkan mana-mana budak yang berjaya memukul dengan kuat akan diberikan hadiah.
Budak tersebut yang tidak dinamakan berkata, selepas dipukul, gurunya memaksa dia melakukan tekan tubi dan tidak membenarkan dia makan tengah hari.
Hanya pada sebelah malam, barulah dia menyedari bahawa matanya kirinya menjadi kabur.
Sementara itu, ibunya pula memberitahu, doktor telah memaklumkan bahawa mata anaknya itu tidak dapat disembuhkan.
Jelasnya, pihak sekolah telah membayar pampasan sebanyak RM16,000, namun ia sudah digunakan untuk kos pembedahan.
Berdasarkan laporan, guru terbabit mengarahkan anak muridnya menampar budak tersebut kerana hukuman ke atas kanak-kanak akan membantu mereka berjaya dalam kelas.
No comments
Post a Comment