KAJANG – Seorang ibu tiri sanggup
mendera anak perempuannya dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat
sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di
Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu,
perbuatan kejam ibu tiri terbabit turut disaksikan dua beradik serta
nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.
Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten
Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu
tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu
panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.
“Tidak tahan dengan perbuatan ibu
tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang
tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami
sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4
petang pada hari yang sama,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun
itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan
dilanjutkan sehingga Khamis ini. - myMetro Online
No comments
Post a Comment