Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nad Zainal Nafi Dakwaan Taja Teman Lelaki
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Pelakon yang semakin meningkat naik, Naz Zainal menafikan khabar angin mengatakan dia kini ‘menaja’ atau kata lain menyara hidup teman lelakinya yang juga seorang pelakon baru, Azwan Kombos.
Perkara ini terjadi berikutan orang di luar melihat kerjaya Azwan yang tidak berapa menonjol dan tenggelam timbul jika dibandingkan dengan Nad.
Menjawab dakwaan itu, Nad menjelaskan kepada Harian Metro, “istilah menaja (kekasih) tak wujud dalam prinsip diri saya. Kita tengah bercinta, belanja pakai duit sendiri, tak perlu saya nak taja dia atau dia taja saya”.


“Apa orang nampak saya ini kaya dan berduit sangat ke sampai nak taja kekasih pula? Saya nak tanggung belanja diri sendiri pun tak lepas, apa lagi nak taja orang lain,” katanya lagi.
Nad menganggap segala gosip itu adalah lumrah yang perlu dilalui oleh anak seni sepertinya.
Sementara itu, Nad menafikan dakwaan yang dia bakal menggantikan Neelofa dalam rancangan Meletop.
Ini kerana menurutnya, pengacaraan bukanlah minat utamanya sebaliknya lakonan akan terus menjadi nadi untuknya terus bergerak dalam dunia seni tempatan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments