Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sarjan Polis Dipenjara 18 Tahun, Lakukan Seks Dengan Anak Tiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56, setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas.
Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam pada 18 Nov 2011.
Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments