Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Menderita Apabila Warna Kulit Bertukar Perak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



GARA-GARA menggunakan penitis hidung yang mengandungi bahan kimia dengan elemen perak sewaktu berusia 11 tahun, seorang wanita terpaksa mengharungi penderitaan selama 60 tahun.
Rosemary Jacobs, 71, disahkan mengalami sindrom ‘argyria’ yang menyebabkan warna kulitnya bertukar menjadi perak kebiruan.
Memang sukar dipercayai, namun itulah hakikat yang harus ditelan oleh wanita ini yang menyebabkan dia menjadi mangsa stigma oleh masyarakat yang pelik dengan keadaannya itu.
Menurut guru bersara dari Vermont, Amerika Syarikat itu, ia terjadi apabila seorang pakar mengesyorkan kepada ibunya agar Rosemary menggunakan penitis hidung yang mengandungi perak kerana kerap selsema.
“Perubahan warna kulit saya berlaku perlahan-lahan tanpa disedari oleh sesiapa,” ujarnya.
Bagaimanapun, seorang jururawat menyedari perkara itu dan meminta Rosemary bertemu dengan pakar kulit.
Akhirnya, pakar tersebut mendedahkan terdapat partikel perak di bawah lapisan kulitnya dan tidak ada rawatan khas untuk menyembuhkan ‘argyria’ pada tahun 1950.
“Mereka berkata ia akan kekal untuk selama-lamanya dan ia amat mengecewakan saya,” katanya.
Derita Wanita Apabila Warna Kulit Bertukar Perak
Bukan mudah untuk Rosemary melalui kehidupan normal apabila sering menjadi mangsa diskriminasi apabila dianggap sebagai pembawa penyakit berbahaya, dipanggil dengan pelbagai gelaran termasuklah mayat hidup.
Rosemary turut mengalami kesukaran mencari kerja kerana ramai majikan enggan menerimanya kerana penampilannya yang ‘pelik’ itu.
Prosedur demi prosedur bagi merawat ‘argyria’ tidak begitu membantu dan hasilnya tetap sama.
Wanita itu kini menghabiskan masa dengan berkempen mengenai bahaya pengambilan suplemen dan ubat-ubatan yang mengandungi perak agar tidak ada lagi insan yang mengalami nasib serupa seperti dirinya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments