Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Malaysia Paling Banyak Rasuah Di Dunia? Ini Jawapan BANK NEGARA
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kesilapan dan ketinggalan (E&O), yang cenderung berlaku di dalam pengumpulan perangkaan import dan eksport Malaysia kerana ekonominya yang sangat terbuka, tidak seharusnya dianggap sebagai aliran keluar kewangan haram yang besar.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Marzunisham Omar, sehubungan itu berkata, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.

Beliau berkata E&O dan imbangan pembayaran, khususnya, berpurata pada dua peratus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak lima peratus yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Ia juga jauh lebih rendah berbanding E&O AS iaitu tujuh peratus,” kata beliau dalam persidangan akhbar di sini.

Aliran keluar modal haram yang jatuh di bawah kategori transaksi tidak direkodkan ialah antara sebab kepada ketinggalan, manakala yang lain pula ialah saiz sampel tidak lengkap dan penyeludupan barang.

BNM semalam menyatakan laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan asing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari negara-negara sedang membangun. Bank pusat berkata laporan itu telah memperakui bahawa penggunaan hab eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga dagangan (trade mispricing) terlebih catat.

Bagaimanapun, BNM menambah anggaran yang tidak memasukkan eksport semula melalui Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysia kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebih daripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong. Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia kira-kira 70 peratus,” kata BNM.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments