Aktres jelita Rita Rudaini enggan mengulas mengenai gosip bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Zarema Zainal.
"Saya tak nak komen. Mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak peru ambil tahu", katanya ringkas ketika ditemui pada malam gala filem Balistik, di e@Curve, malam tadi.
Bagi Aidil Diskaun
Mengenai perkembangan tuntutan nafkah bagi anak-anaknya daripada pemain bola sepak Kebangsaan itu, Rita berkata kes tersebut masih berjalan.
Mengenai perkembangan tuntutan nafkah bagi anak-anaknya daripada pemain bola sepak Kebangsaan itu, Rita berkata kes tersebut masih berjalan.
Tegas Rita, tuntutan sebanyak RM5000 sebulan itu relevan kerana jumlah tersebut adalah jumlah yang memang diperlukan sebagai pembelanjaan harian dua cahaya matanya itu.
"Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib bail saya bekerja.
"Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya... orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan", katanya.
Dalam masa sama, Rita berkata sungguhpun kehidupannya kini nampak mewah namun dia tidak pernah mengajar Airit Rayyan Rizqin (5 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun) ke arah itu. Sebaliknya akui Rita, apa yang dilakukannya kerana dia mampu memandangkan semua itu demi anak kandungnya sendiri.
"Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya", ujarnya.
Rita dan Aidil pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Namun selepas berberapa tahun berdepan dengan konflik rumahtangga, akhirnya pada 3 Ogos lalu Aidil menceraikan Rita dengan talak 1 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*Pop.
Berkongsi tentang kehidupannya kini, Rita yang baru saja selesai penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda, Ijtihad Cinta ini berkata, dia dia sibuk menguruskan perniagaannya.
"Alhamdulillah perniagaan kosmetik saya semakin mendapat sambutan. Awal Januari depan, ada dua lagi produk yang akan dilancarkan.
"Saya juga rancang nak buka butik pakaian wanita", katanya yang akan muncul menerusi filem Balistik. Filem yang turut menampilkan Datuk Rosyam Nor dan Adi Putra sebagai teraju utama itu ditayangkan mulai 9 Januari 2014.
No comments
Post a Comment