Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pemandu Maut Kereta Bertembung Lori Di Sandakan, Sabah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SANDAKAN: Seorang pemandu maut apabila pacuan empat rodanya bertembung dengan lori kelapa sawit di Km 48, Jalan Labuk di sini tengah hari Isnin.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, mangsa yang dikenali sebagai Lo Sung Ming, 30, mati di tempat kejadian.
Beliau berkata, mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan terpaksa dikeluarkan oleh pihak bomba dan penyelamat.
Mangsa dalam perjalanan ke arah Kota Kinabalu manakala lori tersebut datang dari arah bertentangan.
Rowell berkata, pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Saksi kejadian diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Balai Polis Trafik Sandakan di talian 08-9211222. - BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments