Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Majlis Kahwin Jutawan RM264 Juta???
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Barcelona – Majlis perkahwinan bagi salah satu keluarga terkaya di dunia tidak mungkin diadakan secara kecil-kecilan, jadi tidak hairanlah majlis anak saudara jutawan Lakshmi Mittal diadakan selama tiga hari dengan menelan belanja £50 juta (RM264 juta).
Majlis meraikan Shristi Mittal, 26, yang menggabungkan unsur Hindu dan Barat dipenuhi air pancut muzikal dan 200 pelayan tetamu, selain melihat muzium kebangsaan ditutup serta hidangan disediakan chef terkemuka selama tiga hari sambutan itu.
Suaminya, pakar pelaburan Gulraj Behl, 36, menaiki kuda ke majlis itu.
Shristi anak kepada adik hartawan berkenaan, Pramod yang turut terbabit dalam industri keluli seperti Lakshmi.
Keluarga itu turut menempah helikopter untuk mengambil gambar dari udara selain chef dibawa dari India dan Thailand untuk menyediakan hidangan bagi 500 tetamu dalam majlis yang diadakan dari 5 hingga 7 Disember lalu.
Malah, kek perkahwinan enam tingkat pasangan itu dikatakan seberat 60 kilogram.
Majlis itu bagaimanapun dikritik kerana dianggap satu pembaziran malah majlis perbandaran Barcelona dikecam kerana membenarkannya.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Barcelona Xavier Trias berkata, majlis itu menaikkan imej dan ekonomi bandar itu. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments