Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Militan Serang Sabah Semula? Kami Bersiap Sedia – Ketua Polis Negara
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi.
“Operasi itu termasuklah Ops Cantas Khas oleh PDRM dan Ops Gasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Melaluinya kita akan ‘flush out’ semua anasir yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di sini, hari ini.
Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan), pada esok dan hari Krismas ini.
“Kami terima maklumat itu dan kami bersiap sedia,” kata Khalid.
Mengulas kes berbeza, beliau berkata polis akan mengambil keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh Mat Zain.
Semalam, Mat Zain membuat laporan mendakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat afidavit palsu berhubung rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat keduanya.
“Kita akan lihat kesalahan yang didedahkan dalam kenyataan dibuatnya Mat Zain),” kata Khalid. – BERNAMA
Militan Serang Sabah Semula? Kami Bersiap Sedia – Ketua Polis Negarahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/polis-komando-paskal-dan-marin-sabah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/polis-komando-paskal-dan-marin-sabah-150x150.jpgMyNewsHubJenayahUtama,


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments