Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Avatar Bakal Jadi Tarikan Terbaru Di Disney World
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Bakal dibuka di Walt Disney World Resort di Florida sebuah taman tema yang menjadikan filem Avatar sebagai tema utama tarikan terbaru berkenaan.
Para pengunjung bakal di bawa ke alam mirip set filem berkenaan yang bercirikan mistik apabila gunung seakan-akan terapung di udara dan flora dan fauna bersinar di waktu malam.
Dunia Avatar dalam filem terhebat Hollywood  yang dikenali sebagai Pandora akan menjadi realiti apabila taman tema ini dibuka nanti.
Projek mega itu pertama kali diumumkan pada 2011 oleh Pengerusi Disney Tom Staggs yang mendedahkan lebih banyak butiran mengenali projek berkenaan di dalam satu entri blog baru-baru ini.
Taman berkenaan juga bakal merealisasikan satu tarikan iaitu penerbangan mengelilingi dunia Avatar dengan binatang Banshee iaitu sejenis haiwan mirip seekor burung yang ada di dalam filem berkenaan.
Tarikan Avatar merupakan projek pembesaran taman tema Disney terbesar dalam sejarah.
Dengar khabar, ia akan turut disertakan dengan persembahan dan lebih banyak hiburan di waktu malam antaranya Kilimanjaro Safari.
Ruang tarikan Avatar bakal di buka pada tahun 2017.
AvatarDisney02

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments