Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Media Ingkar Larangan Ambil Gambar Rumah Presiden Zuma
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

AFRIKA SELATAN – Meskipun dilarang menyiarkan gambar kediaman mewah Presiden Jacob Zuma, namun media-media di negara berkenaan terus menerbitkan gambar berkenaan.
Ia melibatkan kediaman Zuma yang diubah suai melibatkan kos RM62 juta dan menjadi kontroversi selepas ia didakwa menggunakan wang pembayar cukai.
Terdapat sekuang-kurangnya 20 bangunan di dalam kawasan berkenaan termasuk beberapa unit banglobesar, klinik perubatan, kolam renang, tempat pendaratan helikopter dan kuarters bawah tanah.
Tindakan kerajaan yang membuat keputusan untuk pengubahsuaian itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Afrika Selatan tatkala 10 juta penduduknya hidup dalam kemiskinan dan menetap di kawasan setinggan.
Larangan menyiarkan gambar berkenaan dikeluarkan oleh Menteri Siyabonga Cwele yang memberi amaran kepada pihak akhbar, bahawa jika mereka ingkar maka mereka dianggap mencabul undang-undang negara.
“Tiada sesiapa pun termasuk media dibenarkan mengambil gambar rumah itu atas alasan keselamatan.
“Ia tidak dilakukan di mana-mana tempat.Kita tidak pernah melihat imej White House disebabkan alasan keselamatan,’’ katanya.
Bagaimanapun arahan itu tidak diendahkan sebaliknya gambar kediaman tersebut dimuatkan di muka depan beberapa akhbar.
Editor terbabit memaklumkan, penyiaran gambar berkenaan bukan bertujuan membahayakan nyawa sesiapa pun sebaliknya ia merupakan peranan media sebagai pemantau kepada wang rakyat.
Sebelum ini kerajaan mengambil masa beberapa bulan untuk merahsiakan kos perbelanjaan kediaman itu yang dipanggil ‘Zumaville’ yang dibina di KwaZulu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments