Selepas menggunakan khidmat Khairul
Fahmi Che Mat, Zain Saidin dan Cha Cha Maembong sebagai duta produk
Simplysiti sebelum ini, kini giliran pelakon kacukan Melayu-Inggeris,
Siti Saleha dilantik bagi mewakili produk keluaran Datuk Siti Nurhaliza
itu.
Pelakon manis itu dilantik sebagai muka baru untuk produk kecantikan SimplySiti White & Detox.
Sebelum ini wajah Saleha sinonim dengan iklan komersial bagi produk wangian, Enchanteur Paris.
Dengan wajah Pan-Asiannya itu tidak ragu lagi mampu mendatangkan sumber rezeki buat adik kepada penyanyi Sam Bunkface itu.
No comments
Post a Comment