DEMIKIAN reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad,
ketika diminta mengulas status Twitter bekas kekasihnya, Shila Amzah,
yang dikemas kini oleh penyanyi berkenaan pada 29 September lalu.
Tweet yang berbunyi, ‘Takut nak
tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu.
Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..’ oleh Shila
di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah
lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem
berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.
Pengakuan anak dara ND Lala itu secara
tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang
sememangnya dikenali dengan sikap baran itu.
Enggan dikaitkan lagi dengan penyanyi
lagu Patah Seribu itu, Sharnaaz, 28, bagaimanapun menyuarakan
kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.
“Kalau tak puas hati, datang jumpa saya.
Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang
ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri,” tegasnya.
Meskipun hubungannya dengan Shila tidak kesampaian, aktor kelahiran
Pulau Pinang ini berkata, dia sebenarnya sudah pun memaafkan bekas
kekasihnya itu atas kemelut yang dialami mereka sebelum ini. Tegas
Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila
mahupun pada seluruh keluarganya.
“Saya dah lama memaafkan ‘mereka’. Tapi saya tak tau bagaimana pula
di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka
lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja,” katanya.
Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon Juvana ini sempat memberikan kata nasihat khas buat bekas kekasihnya itu.
“Let’s the moon judge. Saya pasti dia akan faham,” kata Sharnaaz.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang
sering memainkan watak antagonis dalam setiap lakonannya, kini sibuk
dengan penggambaran drama 13 episod, Baby Yana untuk tayangan RTM.
Selain itu dia turut membintangi filem Dollah Superstar di samping Awie
dan Fizz Fairuz.
“Selain kerja, saya juga kini bergiat
aktif dengan kumpulan permotoran MSS Motorspot dan akan mula ke arena
perlumbaan di Sepang pada 11 hingga 13 Oktober nanti,” akhirinya. – Sinar Harian Online
No comments
Post a Comment