RIYADH – Satu pertandingan ratu cantik
untuk ayam akan diadakan di ibu kota Arab Saudi pada Jumaat ini, lapor
akhbar berbahasa Arab, Sabq kelmarin.
Acara itu akan diadakan oleh seorang
peladang di Arab Saudi yang turut menjemput peladang-peladang di
beberapa negara Teluk lain ke pertandingan berkenaan.
Puluhan ekor ayam betina dan jantan akan
berhimpun di ladang tersebut untuk pertandingan ratu cantik ayam yang
julug kali diadakan di negara berkenaan.
Peladang itu, Mutaab Al-Othman berkata,
pertandingan tersebut diadakan di ladang miliknya dekat ibu kota Riyadh
pada hari Jumaat.
“Pertandingan ini akan melibatkan satu
acara lelongan untuk ayam yang jarang ditemui. Sebahagian ayam ini
pernah menyertai pertandingan yang sama di Jerman dan mendapat kedudukan
yang baik,” katanya
Al-Othman berkata, ayam yang
dipertandingkan mampu mencecah harga di antara SR$2,000 hingga SR$10,000
(RM1,726 hingga RM8,630) setiap seekor di acara lelongan tersebut.
“Sebahagian baka ayam pernah dijual
lebih dari SR$35,000 (RM30,208) pada satu acara lelongan sebelum ini,”
tambahnya yang tidak menjelaskan bagaimana ratu ayam itu akan dipilih
kelak dalam acara berkenaan. – Agensi
No comments
Post a Comment