Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Bisu Lakukan Seks Luar Tabii Dalam Tandas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Seorang tukang cuci yang juga orang kelainan upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol, seks luar tabii serta merompak seorang wanita di dalam tandas, minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Azhan Mohamad Johan, 27, yang pekak dan bisu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa isyarat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid.

Lelaki yang telah berkahwin itu didakwa bagi satu pertuduhan merogol dan dua pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas mangsa berusia 38 tahun itu di dalam tandas tempat kerja wanita berkenaan.

Dakwaan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan se batan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu juga, Mohamad Azhan berhadapan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh disebat atau didenda di bawah Seksyen 392 kanun sama kerana me rompak mangsa sebanyak RM100.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bangunan di Jalan Tun Perak di sini antara pukul 7 pagi dan 7.15 pagi, 12 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat mengen dalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili pe guam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan ke atas Mohamad Azhan dan menetapkan 27 November depan untuk sebutan melantik peguam. - KOSMO!

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments