Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gadis Berusia 17 Tahun Dapat Wajah Baru
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Xu Jianmei

BEIJING – Seorang gadis berusia 17 tahun, Xu Jianmei telah menjalani pembedahan muka selepas dia kehilangan dagu, kelopak mata dan sebahagian telinganya dalam satu kebakaran semasa berusia lima tahun, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Jianmei yang berasal dari sebuah kampung nelayan di wilayah Fuji menjalani pembedahan itu di sebuah hospital Fuzhou dalam wilayah tersebut.

Ketika kecil, dia tidak dapat menjalani pembedahan muka kerana keluarganya miskin.
Namun, pada tahun lalu, dia berpeluang menjalani pembedahan itu selepas doktor-doktor mencadangkan kulit muka baharunya diambil dari dadanya.

Sepasukan doktor menggunakan satu urat darah dari paha Jianmei dan menanam di dadanya dengan tujuan untuk menghasilkan tisu kulit.
Tisu kulit itu kemudian membesar di dada kirinya.

Justeru, tisu kulit itu akan digunakan untuk membetulkan semula muka gadis tersebut.
Beberapa peringkat pembedahan kemudian dilakukan ke atas gadis itu.
Peringkat akhir pembedahan itu berjaya dilakukan pada Isnin lalu.

Doktor-doktor percaya bahawa luka pada wajah gadis tersebut akibat pembedahan akan hilang dalam tempoh beberapa minggu lagi. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments