PETALING JAYA: Pengacara Nona yang juga penyampai radio
Media Prima Berhad iaitu Fara Fauzana diarahkan untuk bercuti daripada
bertugas sebagai deejay selepas mengalami masalah suara sejak awal
Oktober ini.
Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia
mengalami masalah yang dikenali sebagai gangguan ‘saraf vokal’
membuatkan suaranya menjadi serak dan kasar.
“Masalah ini sudah lama berlaku dan ia semakin serius sejak
kebelakangan ini. Ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihati saya
untuk bercuti selain kurangkan bercakap agar masalah berkenaan tidak
bertambah serius,” katanya kepada mStar Online
Fara memberitahu, dia mendapat cuti sakit dari 9 sehingga 23 Oktober dan seterusnya menyambung cuti tahunan sehingga Ahad ini.
Jelas Fara, pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat
jangkitan pada bahagian kerongkongnya sehingga kadangkala sukar untuk
dia ‘mengeluarkan’ suara ketika berkomunikasi.
Kata Fara, selain bergelar deejay dan juga pengacara, dia banyak
melakukan aktiviti menggunakan suaranya selepas waktu bekerja seperti
melakukan rakaman ‘Panggilan Hangit’ dan juga juru acara majlis-majlis
tertentu.
“Doktor kata penggunaan suara saya melebihi waktu kerja menyebabkan
saya mengalami masalah saraf vokal ini tetapi ia tidak begitu serius
sebaliknya saya perlu melakukan terapi dalam tempoh yang ditetapkan.
“Yalah... selama ni kalau saya bercuti kerja di Hot FM, saya bekerja pula di TV. Jadi, saya banyak menggunakan suara,” katanya.
Selain kurangkan bercakap Fara juga mengelak mengambil minuman bergas
serta makanan-makanan pedas agar penyakit berkenaan tidak terus
berpanjangan.
No comments
Post a Comment