Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » TEKNOLOGI - HP Slate 7 Mesra Android~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Tahun ini menyaksikan lebih banyak tablet-tablet baru muncul seperti Nexus 7, Galaxy Tab 2, Asus Transformer TF700, Acer Iconia A110 dan Sony Xperia Tablet Z.

Terbaru, syarikat HP akhirnya muncul dengan tablet terbaru HP Slate 7, namun tampil berbeza apabila ia mesra Android.

Tablet keluaran HP menampilkan ciri saiz 7.0 inci beroperasi pada sistem operasi (OS) Android 4.1 Jelly Bean dan hanya seberat 340 gram.

Dengan muncul HP Slate 7, syarikat HP berharap ia dapat mencabar pengeluar tablet sedia ada dengan pemprosesan dwi teras ARM Cortex A9 1.6 GHz, resolusi skrin 1024x600 selain menggunakan setoran 8GB.

Selain itu, Slate 7.0 juga mempunyai jangka hayat bateri lima jam dengan port seperti mikro USB dan dua kamera iaitu 3.0 megapiksel di belakang serta VGA di depan.

SPESIFIKASI 

HP Slate 7 
Harga: RM499 
OS: Android 4.1 Jelly Bean 
Skrin: 7 inci 1024 x 600 piksel 
Pemprosesan: Dwi teras ARM Cortex A9 1.6GHz 
RAM: 1GB 
Memori: 8GB 
Slot: Kad mikroSD, mikro USB 
Audio: Beats Audio 
Dimensi: 197.1 x 116.1 x 10.7mm 
Berat: 340g

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments