Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 100,000kg Ikan Mati Keracunan Di China~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

100,000kg  ikan mati keracunan
Nelayan membuang ikan mati (gambar kecil) yang timbul di Sungai Fuhe di tengah China sejak Isnin lalu akibat pembuangan bahan kimia dari sebuah kilang.

Sungai Fuhe dicemari bahan buangan dari kilang kimia

Beijing: Pihak berkuasa China membersihkan kira-kira 100,000 kilogram (kg) ikan dari sebatang sungai di negara itu, didakwa mati akibat keracunan amonia dari sebuah kilang kimia, kata pegawai alam sekitar dan media tempatan. 

Kejadian yang meningkatkan kebimbangan mengenai masalah pencemaran yang semakin kerap melanda negara itu berlaku di Sungai Fuhe di tengah China sejak Isnin lalu. 


Jabatan perlindungan alam sekitar wilayah Hubei berkata, kejadian disebabkan oleh sebuah syarikat tempatan Hubei Shuanghuan Science and Technology Stock Co. 

“Ujian daripada sampel yang diambil menunjukkan paras amonia dari parit syarikat terbabit jauh melepas paras yang dibenarkan mengikut standard kebangsaan,” kata seorang pegawai. 

Syarikat terbabit bagaimanapun enggan membuat sebarang ulasan. 

Kawalan lemah 

Kawalan lemah dalam industri dan kurangnya penguatkuasaan, semakin memburukkan lagi masalah pencemaran di China yang dikatakan berpunca daripada pembangunan pesat republik itu sejak tiga dekad lalu. 
Insiden berprofil tinggi tahun ini termasuk haiwan mati yang dibuang ke dalam sungai, meningkatkan kebimbangan umum dan kecurigaan terhadap tahap keselamatan air yang mereka minum. 

“Insiden terbaru itu menjejaskan perkampungan nelayan di Huanghualao, dihuni kira-kira 1,600 nelayan yang bergantung hidup daripada sumber perikanan,” kata setiausaha Parti Komunis di kampung berkenaan, Wang Sanqing. 

Beliau berkata ikan yang mati terapung di sepanjang sungai sehingga kelihatan seperti salji. 

“Penduduk di kampung ini mempunyai kira-kira 150 bot dan boleh mengalami kerugian hingga 70,000 yuan (RM37,568) sehari,” katanya. 

Jabatan kesihatan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memakan ikan terbabit tetapi berkata, air minuman tidak terjejas. 

Ia juga mengesahkan bahawa operasi syarikat berkenaan sudah digantung sehingga masalah yang berlaku dapat diatasi. 

Agensi berita Xinhua melaporkan kira-kira 100,000kg ikan mati sudah dibersihkan di sepanjang 40 kilometer aliran sungai itu tetapi tidak menyatakan jumlah ikan yang mati. - AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments